Overview
Kursus ini membawa anda dari fail Excel mentah hingga dashboard Power BI yang lengkap, sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Ia sebahagian daripada siri e-learning “Dashboard Dalam Sehari” oleh Tech Harvest Campus.
Kursus dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap Asas (3 jam) mengajar cara memuat dan membersihkan data serta membina visual pertama. Tahap Pertengahan (4 jam) membina model bintang, jadual Kalendar dan tujuh ukuran KPI dengan DAX. Tahap Lanjutan (5 jam) merangkumi CALCULATE, analisis masa, dashboard interaktif, data kadar tukaran BNM dari web serta cara menerbit dan berkongsi laporan.
Sepanjang kursus anda menggunakan data jualan Kedai Maju Mart (KedaiMaju_Data.xlsx), dengan nombor semakan di setiap langkah supaya anda tahu hasil anda betul. Setiap tahap ada nota PDF, kuiz dan tugasan, dan sijil boleh dimuat turun selepas tamat.
Learning outcomes
By the end of the programme, participants will be able to:
- Mengenal skrin Power BI Desktop dan aliran kerja dapatkan, bersihkan, model, visual dan kongsi
- Memuatkan data Excel dan membersihkannya dalam Power Query: jenis data, baris kosong dan transaksi berganda
- Membezakan jadual fakta dan dimensi serta membina model bintang dengan hubungan 1:*
- Membina jadual Kalendar dengan DAX dan menulis tujuh ukuran KPI seperti Jumlah Jualan dan Margin Untung %
- Menggunakan CALCULATE, ALL, RANKX dan fungsi analisis masa seperti PREVIOUSMONTH dan TOTALYTD
- Membina dashboard interaktif dengan matriks bersyarat, slicer dan edit interactions
- Menarik data kadar tukaran dari API BNM, refresh, serta menerbit dan berkongsi laporan
Who should attend
Eksekutif, pegawai dan pengurus yang menyediakan laporan dalam Excel dan mahu beralih kepada dashboard. Sesuai untuk staf kewangan, akaun, HR, jualan dan operasi, pemilik perniagaan kecil, guru dan pelajar. Tiada pengalaman Power BI diperlukan; asas Excel sudah memadai. Perlukan komputer Windows dengan Power BI Desktop dan Microsoft Excel.
Course content
20 lessons, about 12 hours. Study at your own pace; progress is saved.
Tahap 1: Asas
- A1 – Aliran Kerja Power BI dan Mengenal Skrin Power BI Desktop · 30 min
- A2 – Memuatkan Fail Excel dan Memilih Helaian · 30 min
- A3 – Membersihkan Data dalam Power Query · 60 min
- A4 – Visual Pertama: Kad, Carta dan Penapisan Silang · 40 min
- Kuiz, Tugasan dan Nota PDF Tahap Asas · 20 min · quiz · PDF notes
Tahap 2: Pertengahan
- P1 – Jadual Fakta dan Jadual Dimensi · 20 min
- P2 – Jadual Kalendar, Sort by Column dan Mark as Date Table · 40 min
- P3 – Model Bintang dan Hubungan Jadual · 40 min
- P4 – Lajur Dikira dengan RELATED · 30 min
- P5 – Tujuh Ukuran KPI dengan DAX · 50 min
- P6 – Append dan Merge dalam Power Query · 40 min
- Kuiz, Tugasan dan Nota PDF Tahap Pertengahan · 20 min · quiz · PDF notes
Tahap 3: Lanjutan
- L1 – CALCULATE, ALL dan RANKX · 50 min
- L2 – Analisis Masa (Time Intelligence) · 50 min
- L3 – Uji Formula dalam DAX Query View · 20 min
- L4 – Membina Dashboard Interaktif · 70 min
- L5 – Data dari Web: Kadar Tukaran API BNM · 40 min
- L6 – Jadual Ukuran dan Display Folder · 20 min
- L7 – Simpan, Terbit dan Kongsi · 20 min
- Projek Akhir, Kuiz dan Nota PDF Tahap Lanjutan · 30 min · quiz · PDF notes
Course outline
Tahap 1 – Asas: Dari Fail Excel Mentah ke Visual Pertama (3 jam)
- A1 – Aliran kerja Power BI dan mengenal skrin Power BI Desktop
- A2 – Memuatkan fail Excel dan memilih helaian dalam Navigator
- A3 – Power Query: jenis data, buang baris kosong dan transaksi berganda, Close & Apply
- A4 – Visual pertama: kad, carta lajur dan penapisan silang
- Kuiz dan tugasan Tahap Asas
Tahap 2 – Pertengahan: Model Data, Kalendar dan DAX Asas (4 jam)
- P1 – Jadual fakta dan dimensi (analogi resit kedai)
- P2 – Jadual Kalendar dengan DAX, Sort by column dan Mark as date table
- P3 – Model bintang dan lima hubungan 1:*
- P4 – Lajur dikira dengan RELATED
- P5 – Tujuh ukuran KPI dan nombor semakan
- P6 – Append dan Merge dalam Power Query
- Kuiz dan tugasan Tahap Pertengahan
Tahap 3 – Lanjutan: DAX Lanjutan, Dashboard Interaktif dan Data Web (5 jam)
- L1 – CALCULATE, ALL dan RANKX: sasaran, sumbangan dan kedudukan
- L2 – Analisis masa: bulan lepas, pertumbuhan dan kumulatif
- L3 – Uji formula dalam DAX query view
- L4 – Dashboard: susun atur, carta garis dan lajur, matriks bersyarat, slicer dan edit interactions
- L5 – Data dari web: kadar tukaran API BNM dan refresh
- L6 – Jadual ukuran dan Display folder
- L7 – Simpan, terbit dan kongsi
- Kuiz Tahap Lanjutan